Sunday, August 3, 2014

Biola

Hari ni bertolak balik jam 4.30 petang dengan bas plusliner. Selepas dihantar oleh ibu babah dengan syirah,aida, dan najwan, aku pun duduk kat kerusi di antara seorang pak cik cina dan seorang perempuan melayu.

Pak cik cina terlebih dahulu mengucapkan selamat hari raya pada aku. Dia baru balik dari buat persembahan di dua buah rumah terbuka. Dengan biola tu, dia mainkan 3 buah lagu: selamat hari raya, rasa sayang, dan satu lagu aku tak ingat namanya.

Sempat juga paj cik tu mainkan 2 lagu untuk aku. Selamat hari raya dan rasa sayang. Dan nak tergelak bile dia ofer aku menyanyi diiring mainan biolanya.

Seronok pak cik tu bercerita tentang anak-anaknya. Yang paling muda umur aku. 4 orang anaknya berjaya semua dalam bidang masing-masing. Apa yang tergambar pada wajahnya adalah kegembiraan seorang ayah.


No comments: