Wednesday, June 11, 2014

For I am time...

Masa dan surah al-‘asr...

Bila teringat tentang MASA, selalu dikaitkan dengan surah al-‘asr...sangat terbiasa dan ironi, kerana kita selalu membaca surah al-'asr bile dah abis program, atau kelas...

Dan masa juga selalu dikaitkan dengan ajal. Bermulanya masa, maka hiduplah manusia itu pada sekian masa, dan matinya manusia itu pada sekian masa...dan manusia itu boleh mati pada bila-bila masa..

Muda, tua, bayi... ketika tidur, semasa memandu, semasa solat, ketika berbuat maksiat...

Merenung pada surah al-'asr;

Manusia itu kalau sorang-sorang (insaan), sesungguhnya akan kerugian....rugi dari segi amal, dari segi membentuk hati, dari segi pembaikan diri...

Tapi, kalau kalau insaan itu beramai-ramai, dan beriman (aamanuu), mereka itu tidak rugi...

Tapi orang beriman yang ramai-ramai itu akan tidak rugi jika mereka beramal soleh ('amil assolihaat) untuk diri sendiri, dan berpesan pada kebenaran(dakwah) dan dengan kesabaran (tarbiyah)

Maknanya, jika kita tidak mahu rugi dengan kehidupan di dunia ini, pentingnya untuk kita bersama-sama orang yang beriman dan menjadi orang beriman, melakukan dakwah dan melakukan tarbiyah...

Wallahu a'lam....

No comments: