Saturday, April 21, 2012

Yaumul usrah! he

pergh! agak lama tak update blog. ape la dah jadi dgn diriku ini. woah! Macamla org nak tau. hehe

Nak exam dah!! Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru minggu lepas je exam surgery yang penuh dengan memori 'terindah'. Ape-ape pun alhamdulillah pass. Allah masih makbulkan doaku walau sebagai hamba kite lupe bahawa Dia selalu di sisi.

Kite tak taula... Posting Internal medicine (IM) ni memang sangat banyak nak dibaca and ingat sampai rasa tak tau nak baca yang mana, nak fokus yang mana. Banyak sangat! Kadang-kadang rasa tension juga walaupun doktor dalam IM ni baik-baik tak bekeng macam dalam surgery posting. Tapi kite tension sekali dengan diri kite yang selalu malas dan nak tertidur bila start buka buku. Tolongla doakan kite. Ok. Nampak cam mementingkan diri sendiri sebab minta orang doakan. Tapi yes! I really need your du'a.


Ok. nak cite sebenarnya pasal kejadian hari ni. Rasa seronok sangat sebab dapat jumpa akhawat! (*^__^*)

Hari ni ada family day for the first time and it was a success. Seronok sangat dapat hangout dengan akhawat dan dapat kongsi-kongsi ke'tension'an dalam study. woah~

Lama sangat rasanya tak bersenam secara extensive macam tadi. Memang sangat semangat sebab dapat menggunakan masa dengan perkara yang berguna, plus dengan akhawat. Bila jumpa dan bersembang, kita jadi lebih tahu bahawa memang sememang-memangnya mereka (Akhawat) sangat kite perlukan.

Mereka bukan hanya sekadar tempat untuk kite me'release'kan tension dengan cara yang baik, tapi mereka adalah sahabat yang baik yang merupakan penjual minyak wangi. Mereka kembali mengingatkan kite pada kasih sayang Allah dan blessingNya yang sentiasa turun tak putus-putus pada kite.

Mereka adalah sahabat yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berusaha menjadi baik, macam apa yang kite tengah buat. Mereka adalah mereka yang membuatkan kite menitiskan air mata tiap kali mengingati mereka.

Mereka adalah mereka. Mereka adalah hadiah dari Allah pada kite. Mereka mengingatkan bahawa betapa dekatnya Allah dengan kite. Dekat sangat, lebih dekat dari jugular veins.

Sama ada korang baca atau tak blog kite ni, kite nak korang tau yang kite sayang sangat dengan korang. Moga kasih sayang kite dalam berbulatan gembira ni kekal hingga ke syurga.

#kuatkan kite ya Allah. Kite tau kite tak pandai dan tak kuat ingatan. Tapi Kau juga ya Allah yang memberikan ilmu pada seseorang itu. Dan jadikan kite salah seorang dari mereka yang blessed dengan ilmuMu...


No comments: