Thursday, March 8, 2012

Sahabat yang manusia...

Kisah sahabat Rasululullah... Selalu juga baca. Bila ada masa terluang, bila nak bentang dalam usrah. Tapi kadang-kadang baca rasa tak logik nak jadi macam dorang. 

"Baik gile rasa dorang ni..."

"Macam jauh sangat je nak jadi cam dorang...."

"Dahla dijanjikan syurga, solat khusyuk gile, cemerlang gile dalam hidup...."

Dan bla bla bla dengan segala pujian pada mereka...

Pastu, sesi pembacaan kisah sahabat tu seolah-olah menjadi seperti bacaan biasa yang tidak membina iman. Hanya rasa mereka hebat dan macam tak bagi kesan sangat pada diri. Rasa jauh sangat nak jadi hebat cam dorang...

Dan malam tu, berjaya membuka minda kite bahawa sahabat-sahabat juga manusia...

Dalam golongan sahabat tu, ada je mereka yang bekeng, yang suka buat lawak, yang suka kacau orang, yang suka bergurau, yang gelakkan sahabat lain, yang kelakar, yang cengeng... dan sebagainya...

Macam kita. Macam kita dan sahabat-sahabat kita. Macam kita dalam usrah kita. Macam kita dengan keluarga kita. Macam kita. Mereka memang macam kita...

Tapi, ape sebenarnya membezakan kita dengan mereka? Apa yang ada pada mereka yang tidak ada pada kita?

Ok. Memang mereka hidup dalam zaman Rasulullah, dapat tarbiyyah terus dari Rasulullah... Tapi mereka juga manusia. Ada satu kisah bila sahabat mengadu pada sahabat bahawa mereka juga punya iman naik dan turun. Bila bersama sahabat-sahabat, iman mereka naik. Tapi bila bersama keluarga, iman  mereka turun, dan betapa mereka munafik.

Apa yang membezakan kita dengan sahabat Rasulullah adalah kesungguhan mereka dalam beribadat. Itulah perbezaannya...

Mereka bersungguh-sungguh buat ibadah. Bersungguh-sungguh macam mana? Mereka berebut-rebut buat kebaikan (kisah Abu Bakar dan Umar). Mereka bersedia tadhiyyah untuk berdakwah di mana-mana. Itulah sahabat. 

Mereka juga manusia tetapi mereka manusia super osem (quote APG. hehe). Kalau mereka mampu buat, kenapa tidak kita?

# Adilah, tolonglah kuat.

No comments: