Sunday, March 11, 2012

rasa hati tak basah...selamatkan


Perkhemahan luar atau mukhayyam khariji (MK) rasanya macam baru semalam berakhir...rasa baru sangat. Sengal-sengal badan pun rasa tak hilang lagi...huhu

Kali ini MK dibuat di Cherating. Cantik pasirnya. Tapi tak pergi pun ke pantai besar. Sekadar tafakur alam di tepi susur sungai berdekatan dengan kawasan perkhemahan. Tapi, subhanallah! cantiknya suasana masa tu... Dengan bunyi unggas, air yang tenang, pak cik melayan yang baru keluar untuk menangkap ikan. Sungguh cantik suasana tu. 

Dan cantiknya ketetapan Allah, aku merasakan pada MK kali ini dengan menjadi committee. Apa rasanya menjadi committee? Masanya untuk memberi pada adik-adik selepas diri sendiri merasakan manisnya MK sebagai peserta...

Dan tak dinafikan menjadi committee memang memenatkan. Meeting sehingga lewat malam. Dan perlu keluar membeli barang untuk kelengkapan untuk program. Memang penat.

Sesungguhnya kata-kata keramat dari Dr.Reza semasa MK, "selamatkanlah kawan adik-adik seperti mana adik-adik telah diselamatkan.." benar-benar menusuk hati. Tepat.

Aku terbayang, objektif untuk diadakan MK ini adalah untuk mendekatkan adik-adik dengan Allah. Supaya Adik-adik merasa pentingnya untuk menyampaikan pada orang lain. Dan pentingnya untuk mengembalikan islam pada tempatnya. 

Chest pain.

Tak dinafikan. Memang hatiku merasa kurang basah dengan penglibatan kali ini. Iman rasa terhuyung hayang kerana jarang-jarang mengingati Allah sepanjang program. 

Berdosa. Hati ini berdosa, dan itulah sebabnya aku merasa kurang basah. Sebelum program, hatiku tidak basah dengan zikrullah. Semasa program juga terasa jauh dengan Allah... Qiyam pun terasa liat nak bangun. 

Dan consequence dari kelalaian ini menjadikan aku merasa takut. Hidayah itu tidak datang kerana kelalaian da'ie itu. Astaghfirullah...
Kekadang ada waktu-waktunya hati ini terasa kering, atau menjadi keras, atau menjadi kurang sensitif dengan ayat-ayat Allah, maka solat pun menjadi kurang khusyuk, badan pun menjadi lemah dan terasa hambar untuk terus berjihad di jalan dakwah ini....semoga Allah pelihara kita semua daripada menjadi futur, dan semoga kita terus istiqamah dengan iman di dada sehingga bertemu Allah swt..... - Dr. Puteri Melor
Ya Allah, kuatkan aku...selamatkan aku...

No comments: