Saturday, November 5, 2011

kanak-kanak



Kadang-kadang kita rasa jeles dengan budak-budak.
Dorang sangat free dalam membahasakan keinginan mereka.
Mereka nak makan ke, nak tidur atas lantai dalam progaram ke, nak menangis bila tak suka ke.

Mereka free.

Terutama bila kat hospital, kanak-kanak sebagai pesakit.
Kalau dorang tak nak diperiksa oleh doktor atau takut pada doktor,
mereka boleh menolak dengan menangis atau senyap bila doktor tanya.

Kalau mereka menangis, pemeriksaan tak boleh dilakukan.
Dan suasana pemeriksaan atas kanak-kanak perlu dilakukan dalam keadaan kurang stress dan ceria.
Dan bersama parents di sisi mereka.

Itulah kanak-kanak.

Kanak-kanak sangat special.

Even Rasulullah sendiri sangat baik dengan kanak-kanak dan suka bergurau dengan kanak-kanak.
Pernah dalam satu hadith di mana Rasulullah bertanya tentang burung yang dilmiliki oleh seorang kanak-kanak.


Daripada Hadrat Anas bin Malik r.a beliau berkata:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w selalu bergurau dengan kami sehingga Baginda pernah bersabda kepada adik kecilku, يا أبا عُمَير , ما فعل النغير (Ya Aba Umair , Apa yang dibuat oleh Nughair?)


Nughair adalah burung kecil yang menyerupai burung merpati. Adik kepada Hadrat Anas sering bermain dengan burung tersebut. Namun kemudiannya burung itu mati.

Dan ternyata kanak-kanak itu gembira kerana Rasulullah bertanyakan sesuatu yang menjadi kesayangannya...

Sweetnye Rasulullah kerana lembut dengan kanak-kanak.


Kanak-kanak senang dan suka memanjat belakang Rasulullah s.a.w dan bermain-main di atas beliau. Kadang-kadang, beliau akan memeluk dan mencium kanak-kanak tersebut. Rasulullah s.a.w akan mencium kanak-kanak tersebut seperti beliau mencium bunga dan berkata: Engkau adalah bunga yang cantik dari taman-taman Allah s.w.t.

=)

So sweet~ falling in love again and again.


No comments: