Friday, November 11, 2011

dok serumah baru kenal... ^_^


Sepanjang di Temerloh lebih kurang 2 bulan yang lepas meninggalkan banyak memori yang seronok. Banyak pengalaman baru dan manis dikutip untuk dikenang kembali bila dah tuo nanti. hehe. Atau bila-bila merasa nak mengingat kembali. =P

Antara pengalaman yang best ialah bersangkutan dengan memasak. Seronok sangat sebab yang terlibat dengan memasak adalah SEMUA dalam rumah tu termasuk diri sendiri. hehe

Walaupun tak reti sangat dan mula-mula tu memang rasa reluctant juga memikirkan masa dan penatnya bila balik dari hospital, tapi memang MEMASAK atau POT LUCK melekat dengan rumah no. 18. Seronok kan bila benda-benda bahagia, gilang gemilang, ikatan persaudaraan, benda girlish-girlish (i.e memasak) dikaitkan dengan kita? ^_^

Ada 10 orang dalam rumah menonjolkan 10 personaliti dan 10 skill memasak dan 10 jenis selera makan dan 10 dalam segala-galanya. Tapi dengan sepuluh-sepuluh ni la kami menempuh hari-hari di Temerloh dengan girang gemilangnya. Kadang-kadang memang tergigit lidah bila bercakap, tertinggi suara bila menegur, tapi sume tu dipadamkan dengan segera dan tak diungkit lagi... sweet~

Banyak kali kalau dikira kitorang menyatakan gembiranya dan perlu diingatinya kenangan duduk bersama di dalam sebuah rumah yang very the simple yet sweet tu. Rumah tu bila first time datang memang berhabuk dan bersawang plus dengan kewujudan pokok pisang kat blakang rumah tu. Well, even tak kemas sangat belakang tu, kat situla kami membakar daging korban yang dibawa oleh Akmal tu. hehe. Memang sedap daging tu walau pun agak pedas dan masin. Tapi dengan rencah kasih sayang dan kesungguhan plus peluh-peluh tukang masak malam tu (jangan marah...hehe), teringat sampai sekarang. Aduh, laparla plak~ huhu.

Masa mula-mula nak masuk umah dulu, rasa sangat eager dan suspen sebab tak pernah-pernah sebelum ni dok ramai-ramai atau dok serumah. Plus, many things dalam kepala, and perception orang pada kawan-kawan kita yang tak berapa dikenali perlu dijustify dan dicorrectkan jika ada yang tak betul. huhu.


Well, memang tak senang nak kurangkan apa yang orang cakap pasal orang lain tapi kita sendiri perlu MEMILIH apa yang kita nak terima. Seriously, kita sendiri bukanlah orang yang suka judge orang melalui judgment orang lain plus lagi kalau dari mereka yang kita rasa was-was dan too emo dalam judgment. (no offense)

Jadi, kalau nak kenal orang, kawan dengan dia dan buat penilaian kita sendiri. First, kalau nak nilai orang biarlah kerana Allah dan ciri-cirinya diambil apa yang baik. Dengan itu, bila kita nilai orang, not because kita nak jatuhkan orang tu tapi sebab nak berkawan dengan dia. Mula-mula memang susah sebab kadang-kadang kita tend to nilai orang dan diinfluence oleh orang lain. Tapi, lama-lama benda tu jadi okay dan kita jadi biasa. Dengan itu, hati dan fikiran kita akan free dan lapang... ^_^

Sorry atas segala kesalahan. Kadang-kadang teremosi...
So... keep the memories. inshallah kalau dapat dok serumah lagi...bagus juga. hehe.

k, tidola. esok ada 17 seminar dalam masa 1 hari. perlu rehat yang cukup untuk berjaga sepanjang seminar. huhu. salam 'alaikum... ^_^

4 comments:

aizat nasri said...

emmm.....

Unknown said...

awat boss?

Unknown said...

yes...kita berkawan bukan sebab nak jatuhkan and nak tengok betul ke tak apa yang kawan kita cakap sebelum ni terhadap seseorang...sangat buruk sifat itu...berkawan seikhlasnya ...:)

Unknown said...

tula pasal. kadang2 org cakap macam2. huhu