Saturday, October 15, 2011

Semoga doktor dapat ajar kami nanti...


Ada seorang doktor ni kite suka sangat dengan dia...
Hidup dia banyak dugaan tapi di wajahnya sentiasa dengan senyuman...

+++

Dia didiagnos menghidap kanser usus stage 4...
dah metastasize to lungs...

Disebabkan itu, dia menjalani colorectal surgery + chemotherapy + buang a lobe of his lung...

*fuh*

Sekarang...
Kanser usus dia resurface balik...
meaning that...
Kanser dia ada balik...
Plus, kat lung dia pun ada lagi...
Dia cakap about 20 bolus...

*silent*

Then, disebabkan itu, dia tak dapat ajar badge kitorang sebab dia kena jalani chemotherapy lagi...

Dan, hari tu dia buat session khas dengan kitorang untuk bagitau pasal benda ni...
Kelas kitorang senyap je dan dengan muka risau...

Dia cakap...
"Semua ujian Allah adalah benda yang baik dan it is up to us to receive them dengan cara yang baik atau tak.."

Masa tu rasa nak nangis je rasa...
Sebab masa dia cakap tu, muka dia senyum je...
Senyum.

kite sendiri tak mampu nak senym kalau berada dalam keadaan cam tu kot.
Seryes.

Pastu, masa berbuka dengan senior, tahu lagi pasal doctor tu....
Rupa-rupanya doctor ada sorang anak sindrom Down.

*silent*

Masa tu memang terberhenti makan.
Masa tu memang bertambah kagum dengan kekentalan hati doktor tu.

Kekuatan itu sesuatu yang perlu dicari.
Yang hanya akan lahir dengan hidupnya hati yang penuh dengan keimanan.
Dan keimanan itu bukan angan-angan dan fantasi.
Iman itu boleh dibina dengan dekatnya kita pada Allah.
Dan Allah itu sentiasa ada bila-bila masa pun.
Kerana Allah itu Maha Cinta dan Serba Ada.

Kite kadang-kadang rasa diri kite lemah dengan ujian yang datang.
Sedangkan ujian pada diri kite sangatlah kecik nak dibandingkan dengan orang lain.

Dengan itu, raihlah kekuatan.
Ia sesuatu yang praktikal dan tak mustahil.
Mulakan menghadapi semuanya dengan senyuman... :) 

3 comments:

a.j. said...

Allahurabbi. semoga dipermudahkan.

Z said...

siapekah gerangan doktor itu? semoga Allah merahmatinya :')

Unknown said...

@ a.j: inshallah... pastinye dia bahagia. dia mencari Allah di mana sahaja :)

@ kajed: kite bagi hint k... dia paediatrician. professor.