Thursday, August 25, 2011

comelnya baby Muhammad....

Semalam berkesempatan untuk ke rumah Afifah di Bandar Baru Salak Tinggi. Untuk ape? hehe untuk melawat dia yang telah beberapa minggu melahirkan seorang mujahid yang bernama Muhammad al-Fateh.

Wa.. nama semangat. Seperti mak ayahnya yang bersemangat dalam dakwah. huhu

Disebabkan nak tengok baby, Syirah pun ponteng tadika. wah wah wah. Tak tau la siapa yang ajar~ Tapi dia sangat seronok semalam sebab dapat pegang baby. walaupun bukan keluarga sendiri punye tapi best ape. hehe

Yang turut pergi : Nadiah, Kak Izzah, dan Kak Fizah. Kami pergi bersama bersama kereta Nadiah.

Lama tak jumpa Afifah, jadi beberapa jam juga menapak di rumah dia. Belikan 1 permainan untuk Muhammad tapi bukan untuk usia sekarang. Mungkin setahun ke atas.

Muhammad dilahirkan pada 8 Ogos 2011 pada jam 6 petang. Alhamdulillah dilahirkan normal dan proses kelahiran juga normal.

Muhammad al-Fateh
Syirah sendiri tak lepaskan peluang untuk pegang Muhammad. Mula-mula dia takut. Tapi selepas diencourage oleh kakak-kakak, terus dia semangat.

Best nye ada baby. ada rezeki nanti, tunggu la anak sedara ye Syirah...

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” (Hadith riwayat al-Bukhari
dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)

Inshallah Muhammad al-Fateh akan menjadi seperti Muhammad al-Fateh, tokoh islam yang terbilang dan cool. 

Pada Afifah dan suaminya, Fadhil: Selamat mendidik Muhammad menjadi anak yang soleh. :)

Pada kawan-kawan yang masih belum menikah: Cepat-cepatlah ye. hehe 

8 comments:

Syahidah Sith said...

haha. part last kali tu akak. for the author xD

yup sgt best ade anak buah! kesian syirah tu. hihihi

Student said...

ahaha..dila2~ detail sungguh crita kamu! dulu slalu masuk pertndgn bercerita ae? :) kak sya, sy sokong akak! syirah nak anak sdare tu, xsabar dah.. hehe..dila, dah smpi seru tu..jgn dilewat2kn..x elok.. haha~

Unknown said...

@syahidah

inshallah... untuk syidah jugak... hehe

tula... suka betul dia dengan baby. even dah balik pun, dia still teringat dengan kecomelan Muhammad.. :)

Unknown said...

@Student

ni tak cukup detail lagi ni. hehe

inshallah..bila sampai masa nanti, akan terijab kabul jugak... :)

Doakan kelancaran hidup kita semua ye... :DD

Z said...

comelnya muhammad.yeay, aziz ade kawan aru :) dila,penat mikir sape gerangan nadiah tu.cik nady ghopenye. hihi

Unknown said...

@ummu Aziz

yeay, tak le aziz boring nanti... hehe

la.. yeke kak...nadiah=nady. hehe cam pelik gak masa tulis 'nadiah'. biasa panggil nady je.. wuwu

Student said...

nama saya NADIAH, bukn nady~ hehe.. tahniah aziz, dpt kawan baru!

dila : xckup detail lg?mashaAllah~ apa lg la yg ko boleh tulis tu.. :)

Unknown said...

@Student

adala.. sebab tu tak tulis... hehe

apapun, maaf zahir batin.. nak raya dah ni