Tuesday, July 26, 2011

i pun ada hati tau....

entah kenapa susah nak tido malam ni... uhuk. adik2 semua dah tido tapi mata sendiri susah nak lelap...

Banyak yang tertimbul, terfikir di benak fikiran sekarang ni... salah satunya pasal entri ni... rasa serba salah nak tulis tapi ni la agaknya salah satu ubat untuk menghilangkan gelisah, iaitu meluahkan.

Kalau kite luahkan dengan percakapan, pastilah jadi tak best. Tapi dengan menulis, rasa ok sikit. kot. moga2...

Selalu terfikir, kenapa lah ada orang komplen pasal diri sendiri. Cakap terlalu lantanglah, tak kontrol nadalah. macam2. Tapi, ini melibatkan bila diri sendiri nak tegur orang lain. atau bagi tazkirah.

Of course, ada orang rasa ok je. Dan ada orang terasa dengan teguran, dan ada mungkin tak ambil kisah pun. hehe

Pastu datanglah teguran dari sahabat mengatakan kite bercakap ada orang terasa. Dalan hati kite cakap, baguslah. Maksudnya dia merasakan dirinya rendah dan berdosa, lalu dia terasa. dan itu tandanya ada iman.

Jadi, adakah di situ salah kite yang menegur, kalau dirinya terasa dengan teguran dan dirinya masih ada iman? Bukankah patut dalam pada masa itu, dia merasa syukur, kerana dirinya masih ada iman?

Pastu, kite pernah terfikir balik bila diri sendiri ditegur sahabat. Apa sebenarnya kite rasa dalam hati?

Sakit. Memang sakit. Sakit sangat. Kenapa aku tidak dibela? Kenapa?

Masa tu teringat cerita sahabat bila satu perang yang tidak diikuti oleh Ka'ab bin Malik. Masa dalam perjalanan untuk berperang, ada sahabat yang menghina Ka'ab yang tidak mengikuti perang (masa tu Ka'ab tak ada di situ). Dalam pada masa tu, bangunlah 'Umar bin al-Khattab. Lalu, 'Umar bangkit dan membela Ka'ab sungguhpun Ka'ab tidak mengikuti perang tanpa alasan yang kukuh. 'Umar berkata bahawa sanggup sahabat itu menghina sahabat sendiri.

Subhanallah! Kite terdiam dengan kisah tersebut. Hebatnya sahabat dulu. Mungkin inilah ukhuwwah fillah... Maruah sahabat sendiri dijaga.

Dan itulah prinsip yang kite pegang sehingga sekarang. Sungguhpun sahabat itu tak baik, sungguhpun sahabat itu menyakitkan hati, sungguhpun sahabat itu berdosa, maruah dia tetap perlu dipertahankan.

Betullah, kite semua tak mampu nak judge orang lain.

Sekarang ni, kite nak berterima kasih dengan mana2 sahabat yang pernah membela maruah kite dalam pada kite tak sedar pun. Of course, bila korang (Sahabat yang baik) membela maruah sahabat korang, dia tak tahu pun. Tapi Allah tahu. Allah tu Maha Tahu hinggalah ucapan-ucapan hati korang.

Bile korang terasa dengan teguran orang lain, bersyukurlah korang masih ada iman. And, kite tak mampu nak puaskan hati semua orang. Betul tak? dan kite bukan malaikat. Kite manusia, hanyalah manusia yang banyak dosa dan kelemahan.

*nape tak ngantuk lagi ni... huhu*

2 comments:

Amal said...

"Maksudnya dia merasakan dirinya rendah dan berdosa, lalu dia terasa. dan itu tandanya ada iman."

Huhu. ramai org yg tahu bhgn dpn ayat tu tp still tak tahu bhgn last. Yg pasal 'tandanya dia ada iman' tu. Sbb tu la, org tu tend to jd org yg negative dan myalahkan org. InsyaAllah, kalau depa tahu, settle mslh. (sejak bile pandai ckp kedah ni amal!)

Amal dpt tahu pun bile dgr org ckp n bc artikel hilal asyraf. Pnh terbaca, (lbh kurang) "bila anda rs lemah atau tak sdp hati dgn perkara yg anda buat, baguslah, tandanya hati tu msh hidup."

So, maybe kena smpikan kat die kot. Hehe.. :) wallahualam..

Sy suka entry ini!! Yeah! :D ok excited lebih, :p

Unknown said...

perkongsian biasa saja amal.. ^^

pasal nak sampaikan pada org tu, akak takut juga nak sampaikan pada dia. sebab akak ada masalah untuk menguraikan dan menjelaskan perasaan akak sebenarnya. huhu takut jadi lain juga