Tuesday, July 12, 2011

BERSIH 2.0

Ditanya oleh Siasah...."Secara umumnya, BERSIH 2.0 inginkan penambahbaikan kepada sistem dan amalan pilihan raya. Pilihan raya adalah institusi yang penting kerana keputusannya membawa kesan yang besar kepada negara dan masyarakat. Kehendak rakyat hendaklah benar-benar diserlahkan melalui proses ini.

Di antara tuntutan BERSIH 2.0 adalah:
1. Pemurnian senarai pemilih melalui pendaftaran automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara
2. Pembaikan sistem undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. 21 hari had masa kempen minimum
5. Akses kepada media yang adil
6. Pengukuhan institusi awam supaya bebas dan tidak memihak
7. Toleransi sifar terhadap rasuah
8. Pembenterasan politik kotor

Semua tuntutan ini jika dilaksanakan akan memperbaiki kelemahan yang ada dan akan menambah keyakinan rakyat.
Lagi pun pilihanraya yang bebas dan adil serta yang dilihat bebas dan adil akan mengelak mana-mana pihak dari mempertikaikan keputusannya. Pertikaian keputusan pilihan raya membawa implikasi yang buruk hingga boleh membawa pertumpahan darah serta memberi kesan negatif kepada pembangunan negara. Kenya dan Ivory Coast menjadi contoh.
Bagi wakil rakyat yang beragama, pemilihan yang bersih dan betul akan memberi ketenangan kerana jawatan dan imbuhan yang diperolehi tidak diragukan kehalalannya."
- Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)

Kadang-kadang pelik juga dengan pihak berwajib... Yang diPertuan Agong dah bagi dah guna stadium... tiba-tiba... pihak stadium tak bagi guna pulak.... Sekarang ni, siapa yang ingkar titah YDAP?

No comments: