Friday, June 3, 2011

Masa mengubah orang... betul ke?

Hari tu buka channel TV Al-Hijrah. Baru disiarkan di Astro. Jadi, kami spend masa sebentar untuk melihat apa yang dihidangkan oleh channel yang baru ini.


Alhamdulillah, banyak objektif yang baik yang menyokong Islam yang cuba di ketengahkan oleh mereka. Moga-moga dipermudahkan Allah hendaknya.


Syeikh Ramadhan al-Buti sendiri memberi ucapan, memberi komen tentang TVAH ni. Beliau mengatakan, "selama mana seseorang itu melakukan kebaikan dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan dari Allah, pastilah Allah akan membantunya."


Dan yang pasti kebaikan itu akan menang selama mana ia berlandaskan syariat Allah dan tidak mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan Allah dan masyarakat kepada mereka. 


Dan semasa program cakap-cakap yang disiarkan langsung pada malam tu, terkejut dengan penampilan bekas ahli Ruffedge dan V.E. Alhamdulillah, hidayah Allah itu unik dan hebat!


Dan kumpulan mereka digelar al-Maulid atau bermaksud kelahiran
Signifikannya nama "al-Maulid" tak sempat nak dengar masa talk tu sebab sibuk mengemas adik. hehe

Lepas tu, ibu pun ada bercerita tentang seorang lagi insan yang telah diberikan kelapangan hidayah. 

Sham dari kumpulan Kamikaze
Sham juga telah berubah dengan sungguh-sungguh selepas satu peristiwa yang berlaku ke atas dirinya. Masa imam Makkah datang hari tu, Imam Sudais, Sham cuba untuk bersalam dengan imam tu tapi tak dapat. Jadi dia pun pergi dari tempat tu. Masa dia di kereta, Imam Sudais sendiri telah datang kepadanya dan bersalam dengan dia! Perkara tu sangat menyeronokkan padanya dan dia telah berubah sejak dari itu.

Dia mengatakan bahawa selama ini dia sangat cuba berubah dan melakukan solat fardhu penuh 5 waktu tapi selalu saja tak berjaya. Dan alhamdulillah saat manis itu merupakan turning point pada dia dan dia tak teragak-agak lagi. 

Semoga lebih ramai lagi mereka-mereka yang kembali kepada Islam yang sebenar. Mereka merupakan orang-orang yang dikenali ramai. Dan tak mustahil keluarga, sahabat, dan peminat mereka akan turut mengkaji hidup masing-masing dan berubah kepada yang lebih baik.

Wallahu a'lam... ^_^

6 comments:

a.j. said...

Sham kamikaze. Raja guitarist Malaysia, ambassador Ibanez Guitar dekat Malaysia. Allah masih sayangkan hambanya.

SyahmiFikri said...

i.allah! selagi ada kehendak NYA.. hidayah akan diberi kepada sesiapa sahaja! selagi kita di muka bumi ini..

ask for Hidayah!

dai'e said...

btol tu.. segalanya diatas kehendakNya.. hehe... menarik.. bgus3..

Unknown said...

A.J: alhamdulillah.. hidayah itu benar2 hak Allah.

Syahmi: ya! Hidayah itu diminta tiap kali solat. cuma kite je kadang2 tak perasan yg kite minta setiap kali :)

Inter: kehendakNya lah yang terbaik.

Anonymous said...

cane nak contact al-maulid ye??

Unknown said...

@Anonymous

oh. pasal tu saya tak tau. cuba contact tv al-Hijrah. mungkin mereka akan membantu.

Maaf jika saya tak memberi solution yang tak membantu...