Tuesday, June 21, 2011

Dari 'Umar kepada 'Abdullah

Pertanyaan 'Umar bin al-Khattab pada 'Abdullah bin Mas'ud:


Ayat apakah yang paling agung?
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Tetap Hidup, yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur."
(Surah al-Baqarah: 255)

Ayat manakah paling jelas?
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat."
(Surah an-Nahl:90)

Ayat apakah yang paling menyeluruh?
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya)! Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya)!"
(Surah az-Zalzalah:7-8)

Ayat manakah paling menggerunkan?
"(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan dia pula akan mendapat - selain dari Allah- seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya."
(Surah an-Nisa':123)

Ayat manakah yang membangkitkan rasa berharap dengan rahmat dan keampunan Allah?
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah az-Zumar:53)

= Semoga Allah meredhai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w =

No comments: